Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

15 November 2010

Bab 1 : F. Mewujudkan Impian

Melihat kecenderungannya yang selalu mengaitkan ajaran ketuhanan dengan nilai-nilai mistik/ghaib (okultisme), astronomi, ilmu bintang, dan kejadian alam semesta, serta penafsiran-penafsiran kitab suci Bible, sungguh sangat jelas bahawa Iluminati dan freemason merupakan organisasi rahsia dengan nafas penuh misteri, okultisme, dan sangat berbau mistik. Cita-citanya untuk menjadikan satu agama, menggabungkan ajaran konvensional yang dianut majoriti manusia menunjukkan bentuk sikretisasi tersebut, yaitu menggabungkan seluruh fahaman kepercayaan dan agama menjadi satu agama atau sebagi contoh, 1 Israel, sebagaimana yang pernah disarankan oleh Presiden Israel Ehud Barak (gambar), yang tunduk pada Lucifer atau penyembahan kepada syaitan. Kentalnya peribadatan yang berbau mistik menunjukkan bentuk kebatinan dengan berbagai tatacara untuk mempengaruhi jiwa manusia. Mereka memanfaatkan segala bentuk kekuatan jiwa manusia, bermula dari telepati sampai vodoo (ilmu mistik Jamaika), kerananya mereka pun menganggap bahawa manusia merupakan pusat kekuatan di muka bumi ini. Segala macam penyembahan dan penuhanan mesti dihapuskan melalui semangat kesatuan yang mendunia, di mana setiap manusia adalah "warga negara planet" dan makhluk alam semesta (homo sapiens universalist).

Mewujudkan impian Kerajaan Namrud (Nimrod) dan Menara Babylon, bukan hanya bersifat pasif menunggu nasib, melainkan mesti diusahakan melalui pemikiran yang cerdas, terencana, dan merasionalkan seluruh lambang-lambang atau ayat-ayat mistik yang berada dalam kitab suci yang bersifat multi-interpretasi dan fleksibel. Sebagai contoh adalah ayat yang terdapat pada Perjanjian Baru (New Testament), Wahyu 13: 18:

"Yang penting di sini ialah hikmat barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya adalah enam ratus enampuluh enam (666)."

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada masa akan datang. insyaAllah ....

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....