Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Kedudukan Hadits
Hadits ini merupakan hadits yang penting dalam bidang adab. Makna dan isi penting dalam hadits ini telah terkandung di dalam hadits ke-12.
Hak Allah Dan Hak Hamba
Pada hadits di atas menunjukkan ada dua hak yang harus ditunaikan, iaitu hak Allah dan hak hamba. Penunaian hak Allah menuntut supaya ada pada diri seseorang yang sentiasa merasa diawasi oleh Allah. Di antara hak Allah yang paling berat untuk ditunaikan adalah penjagaan lisan atau lidah. Adapun penunaian hak hamba, iaitu dengan memuliakan orang lain.
Menjaga Lidah Atau Kata-kata
Menjaga lidah boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan berkata baik atau kalau tidak mampu maka diam. Dengan demikian diam kedudukannya lebih rendah dari pada berkata baik, namun masih lebih baik dibandingkan dengan berkata yang tidak baik.
Berkata baik terkait dengan tiga keadaan, seperti tersebut dalam surat An-Nisa’: 114 yang bermaksud:
A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim."Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar." ShodaqALLAHul'Azim. Iaitu perintah bersedekah, perintah kepada yang makruf atau berkata yang membawa keharmonian sesama manusia. Perkataan yang di luar ketiga hal tersebut bukan termasuk kebaikan, namun hanya sesuatu yang boleh jadi atau bahkan suatu keburukan. Pada menjaga lidah ada isyarat menjaga seluruh anggota badan yang lain, kerana menjaga lidah adalah yang paling berat.
Memuliakan Orang Lain
Memuliakan bererti melakukan tindakan yang terpuji yang boleh mendatangkan kemuliaan bagi pelakunya. Dengan demikian memuliakan orang lain adalah melakukan tindakan yang terpuji terkait dengan tuntutan orang lain.
Batas-batas Jiran Tetangga Dan Tetamu
Tetangga menurut syariat adalah sesuai dengan pengertian adat, ertinya apabila secara adat dinilai sebagai jiran maka dinilai sebagai jiran juga oleh syariat. Masyarakat yang tinggal berhampiran kita 40 buah rumah, di sekeliling kita dikira sebagai jiran. Kaedah menyatakan semua istilah yang ada dalam syariat dan tidak ada batas-batasnya secara syariat dan bahasa maka batas-batasnya dikembalikan kepada adat.
Batas-batas tetamu yang wajib diterima dan dilayani adalah jika dia tidak memiliki kemampuan untuk mencari tempat untuk tinggal atau untuk makan. Jika mampu maka hukumnya sunnah. Adapun batasan lamanya adalah 1 hari 1 malam, sempurnanya 3 hari 3 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan