Dari Abu Amr - ada yang mengatakan Abu Amrah - Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi radhiallahu ‘anhu. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, Katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang Islam, yang tidak mungkin aku tanyakan kepada siapa pun selain kepadamu.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ” Katakanlah: “Aku beriman kepada Allah, lalu istiqamahlah.”
(HR Muslim)
Kedudukan Hadits
Hadits ini berisi wasiat yang sangat penting bagi seluruh urusan agama.
Al-Imanu Billah
Iman kepada Allah sudah dijelaskan pada hadits ke-dua.
AL ISTIQAMAH
Istiqamah adalah teguh dan terus menerus di atas agama, iaitu sentiasa taat pada Allah dan menjauhi segala yang mendatangkan murka Allah. Istiqamah meliputi urusan zahir dan batin, iaitu amalan jawarih (anggota badan) dan amalan hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan