27 September 2009

Hadits Ke-22 - Melaksanakan Syari'at Islam Dengan Sebenar-benarnya

Dari Abu Abdillah Jabir bin Abdullah Al-Anshari radhiallahu ‘anhu. Bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Apa pendapatmu bila aku telah solat lima waktu, berpuasa Ramadhan, aku menghalalkan yang halal, dan mengharamkan yang haram, dan aku tidak menambah amalan selain itu, apakah aku akan masuk syurga?” Nabi menjawab, “Ya

(HR Muslim)

Masuk Syurga

Apabila sebuah amalan dikatakan bahawa pelakunya masuk syurga maka maksudnya:

1. Amalan tersebut merupakan sebab masuknya dia ke syurga setelah memenuhi seluruh syarat dan menafikan seluruh mawani’ atau penghalang (dunia dan nafsu).

2. Melakukan amal tersebut dengan berlandaskan tauhid.

Masuk surga ada dua makna, iaitu:

1. Terus masuk syurga tanpa masuk neraka sama sekali.

2. Masuk syurga setelah sebelumnya masuk neraka.

Tidak masuk syurga juga ada dua makna, iaitu:

1. Tidak masuk syurga sama sekali.

2. Tidak terus masuk syurga ataupun masuk neraka terlebih dahulu.

Menghalalkan Yang Halal Dan Mengharamkan Yang Haram

Menghalalkan yang halal maknanya adalah, meyakini halalnya semua yang dihalalkan Allah. Termasuk yang dihalalkan Allah semua yang diwajibkan, yang disunatkan dan yang harus. Mengharamkan yang haram maknanya adalah, meyakini haramnya semua yang diharamkan Allah dan meninggalkannya. Dengan demikian barang siapa menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dengan makna seperti tersebut di atas, dan ketetapannya pasti masuk syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan