Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

04 September 2009

Hadits Ke-4 - Nasib Manusia Telah Ditetapkan

Dari Abu Abdirrahman, Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, dia berkata: ”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada kami dan beliau adalah orang yang selalu benar dan dibenarkan: ’Sesungguhnya setiap orang diantara kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah (air mani), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama waktu itu juga (empat puluh hari), kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama waktu itu juga, lalu diutuslah seorang malaikat kepadanya, lalu malaikat itu meniupkan ruh padanya dan ia diperintahkan menulis empat kalimat: Menulis rezekinya, ajalnya, amalannya, dan nasib celakanya atau keuntungannya. Maka demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, sesungguhnya ada diantara kamu yang melakukan amalan penduduk syurga dan amalan itu mendekatkannya ke syurga sehingga jarak antara dia dan surga kurang satu hasta, namun kerana taqdir yang telah ditetapkan atas dirinya, lalu dia melakukan amalan penduduk neraka sehingga dia masuk ke dalamnya. Dan sesungguhnya ada seseorang diantara kamu yang melakukan amalan penduduk neraka dan amal itu mendekatkannya ke neraka sehingga jarak antara dia dan neraka hanya kurang satu hasta, namun kerana taqdir yang telah ditetapkan atas dirinya, lalu dia melakukan amalan penduduk syurga sehingga dia masuk ke dalamnya.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Kedudukan Hadits

Hadits ini merupakan pangkal dalam bab taqdir, iaitu diketika hadits tersebut menyebutkan bahwa taqdir janin meliputi 4 keadaan : rezekinya, ajalnya, amalannya, dan bahagia atau celakanya.

Perkembangan Janin

Janin sebelum sempurna menjadi janin melalui 3 fasa, iaitu: air mani, segumpal darah, kemudian segumpal daging. Masing-masing lamanya 40 hari.

Janin sebelum berbentuk manusia sempurna juga mengalami 3 fasa, iaitu:

1. Taswir, yaitu digambar dalam bentuk garis-garis, waktunya setelah 42 hari.
2. Al-Khalq, iaitu dibuat bahagian-bahagian tubuhnya.
3. Al-Barú, iaitu penyempurnaan.

Allah berfirman dalam Surat Al Hajj Ayat 5 dan Al Mukminun Ayat 12 - 14 , mengisyaratkan ketiga proses tersebut.

Dalam Surah Al Hajj Ayat 5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Dalam Surah Al Mukminun Ayat 12 - 14. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Hubungan Ruh dengan Jasad

Ruh dengan jasad memiliki saling berkait rapat yang berbeza sesuai dengan keadaan dan waktunya dalam 4 bentuk hubungan:

1. Tatkala di rahim. Hubungan keduanya lemah. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada jasad.

2. Tatkala di alam dunia. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada jasad. Sementara hubungan keduanya sesuai dengan keperluan kehidupan jasad.

3. Tatkala di alam barzakh. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada ruh.

4. Tatkala di alam akhirat. Kehidupan ketika itu sempurna pada keduanya. Pada masa inilah hubungan keduanya sangat kuat.

Macam-macam Penulisan Taqdir

Allah menulis taqdir dalam 4 bentuk, yaitu:

1. Taqdir saabiq, iaitu penulisan taqdir bagi seluruh makhluk di lauh mahfudz 50 ribu tahun sebelum penciptaan bumi dan langit.

2. Taqdir úmri, iaitu penulisan taqdir bagi janin ketika berusia 4 bulan.

3. Taqdir sanawi, iaitu penulisan taqdir bagi seluruh makhluk setiap tahunnya pada malam lailatul qodr.

4. Taqdir yaumi, iaitu penulisan terhadap setiap kejadian setiap harinya.

Keempat macam penulisan taqdir tersebut memungkinkan terjadinya perubahan kecuali pada taqdir sabiq. Sebagaimana Firman Allah:

"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh mahfuzh)." (Surat Ar-Ra’d: 39).

Taqdir Allah sama sekali bukan sebagai pemaksaan, Allah lebih tahu terhadap hambanya yang patut mendapatkan kebaikan dan yang tidak.

Buah Iman kepada Taqdir

Beriman kepada taqdir akan menghasilkan rasa takut yang mendalam akan nasib akhir hidupnya dan menumbuhkan semangat yang tinggi untuk beramal dan istiqamah dalam ketaatan demi mengharapkan khusnul khatimah.

Beriman kepada taqdir bukanlah alasan untuk bermaksiat dan bermalas-malasan. Hati orang-orang yang sholeh diantara 2 keadaan, iaitu bimbang tentang apa yang telah ditulis baginya atau bimbang tentang apa yang akan terjadi pada akhir hidupnya. Keadaan pertama hatinya para sabiqin dan keadaan ke-2 hatinya para abrar.

Rahsia Husnul Khatimah dan Suúl Khatimah

Termasuk diantara kesempurnaan Allah iaitu menciptakan hamba dengan berbagai macam keadaan. Diantara hambanya ada yang su'ul khatimah sebagai anugerah semata setelah mengisi lembaran hidupnya penuh dengan kejahatan dan diantara hambanya ada yang husnul khatimah sebagai keadilan semata setelah mengisi lembaran hidupnya penuh dengan ketaatan. Hamba pada jenis yang terakhir ini boleh jadi pada hakikatnya tersimpan dalam hatinya kejahatan yang kemudian muncul secara lahir pada akhir hayatnya. Kerana dalam suatu riwayat Rasulullah menyatakan bahawa amalan baik tersebut sekadar yang terzahir nampak pada mata manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....