Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

12 September 2009

Hadits Ke-8 - Perintah Untuk Memerangi Manusia Yang Tidak Solat Dan Tidak Menunaikan Zakat

Dari Ibnu Umar radhiyallahu’anhuma, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mahu mengucapkan laa ilaaha illallah (Tiada sesembahan yang sebenar-benarnya kecuali Allah), mendirikan solat, dan membayar zakat. Apabila mereka telah melakukan semua itu, bererti mereka telah memelihara harta dan jiwanya dariku kecuali ada alasan yang hak menurut Islam (bagiku untuk memerangi mereka) dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

(HR. Bukhari dan Muslim)

Islam dan Perang

Allah memerintahkan untuk memerangi bukan Islam sehingga mereka mahu mengucapkan dua kalimah syahadah dan iltizam terhadap syari’at Islam. Makna iltizam adalah meyakini bahawa dirinya tertanggung kewajipan syari’at. Yang sesungguhnya telah termaktub di dalam makna syahadatain. Pelaksanaan perang tersebut setelah sebelumya disampaikan dakwah Islam. Di samping Muslim yang sudah iltizam terhadap syari’at, ada juga orang kafir yang tidak boleh diperangi. Muslim yang sudah iltizam namun tidak melaksanakan syari’at, sebahagian ulama berpendapat mereka boleh diperangi, terutama jika sekelompok masyarakat Muslim sepakat untuk tidak melaksanakan syiar Islam.

Pembahagian Jenis-Jenis Orang Kafir

Orang kafir terbahagi menjadi empat kelompok, iaitu:

1. Kafir harbi, iaitu orang kafir yang memerangi dan diperangi.
2. Kafir Dzimi, iaitu orang kafir yang tunduk pada penguasa dan pemimpin Islam dan membayar jizyah [cukai] .
3. Kafir Muahad, iaitu orang kafir yang tinggal di Negara kafir, yang ada perjanjian damai dengan Negara Islam.
4. Kafir Musta’man, iaitu orang kafir yang masuk ke Negara Islam, dan mendapatkan jaminan keamanan dan keselamatan dari pemerintah.

Dari keempat macam orang kafir tersebut, hanya kafir harbi yang boleh diperangi.

Islam Hanya Pada Luaran

Hukum ke-Islam-an seorang dilihat dari segi penampilan zahirnya. Adapun hakikatnya Allah yang lebih Tahu. Adakalanya seseorang dari sisi zahirnya adalah Islam namun batinnya kafir. Kekafiran yang ada pada orang muslim ada dua bentuk iaitu, kufur riddah dan kufur nifak. Kufur riddah terjadi pada orang muslim yang menampakkan kekafiran, sedangkan kufur nifak terjadi pada orang muslim yang menyembunyikan kekafiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....