Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

02 November 2011

Bab 1 : J. "Pakaian" Untuk Gaya Hidup (Fashion Life Style)

Gaya hidup "warga planet" --homo universum, planetary citizen-- adalah gaya hidup yang melepaskan diri dari dogma kongkongan beragama. Bagi kaum Iluminati, agama hanyalah "penjara" dan "racun" yang menyesatkan dan mengerdilkan jiwa manusia. Oleh sebab itu, dengan gaya hidup yang berjiwa 3L (life, love, and liberty; kehidupan, cinta, dan kebebasan), seluruh umat manusia mesti mempunyai gaya hidup yang sama.

Dunia para selebriti telah menjadi bahagian dari warna gaya hidup manusia di muka bumi, dan di sebalik itu semua, tentu sahaja ada kepentingan "bisnes" dengan melakukan manipulasi informasi dalam rangka membina keberkesanan.

Gaya hidup yang diwarnai kehidupan gemerlapan, seperti kehidupan kafe serta tempat-tempat hiburan yang tidak luput dari ubat-ubat syaitan berupa: ubat psychedelic, stimulansi, amfitamin, psikotropik, marijuana, dan ekstasi. Ubat-ubat penghancur mentaliti anak anak muda ini, awalnya dicipta oleh kaum Iluminati, diedarkan secara percuma, kemudian setelah mereka mabuk, maka dibuatnya menjadi sangat bergantung dan menjadi hamba syaitan.




Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....