Kaum freemason atau Iluminasi (Illuminati) dan para saksi Jehovah sangat dekat dengan angka dan mistik. Setiap angka dan huruf mempunyai erti dan simbol yang tersembunyi. Monumen Washington yang disebut sebagai "syaitan besar" (the great satan) terdiri atas 555 kaki tingginya yang menurut huruf Yahudi bererti: 5+5+5=15. Dalam susunan alpabhet menunjukkan huruf ke-10, iaitu Y (Yahweh, Jehovah) dan huruf ke-5 untuk jah yang melambangkan dan menterjemahkan sebagai kehadiran "dunia baru".
Yahweh sebagaimana juga Elohim adalah nama Tuhan sebagaimana tertulis di dalam Kitab Bilangan 10:35. Mereka pun yakin terhadap angka 666, angka 33, dan angka 13 sebagai angka yang mempunyai kekuatan sihir.
Oleh kerana itu, mereka membuat ramalan-ramalan yang dikaitkan dengan hari kiamat --the end of time atau the Armageddon- yang sebenarnya bukanlah ramalan melainkan "rencana". Bila mereka mengatakan "Hendaklah waspada pada tarikh enam bulan enam akan terjadi huruhara." Maka untuk mewujudkan ramalannya, mereka merekrut para pengikutnya untuk membuat huru-hara, sehingga masyarakat terpengaruh bahawa seakan-akan ramalannya terbukti dengan tepat.
Gerakan Iluminasi dan freemasonry seringkali dikelompokkan sebagai satu kaum bid'ah yang menyimpang dari ajaran Rom Katolik. Dan dapat ditelusuri dari kesejarahannya yang moden, sejak tumbuhnya kelompok agama Advent10 dan William Miller begitu dihantui dengan kitab Daniel dan kitab Wahyu, sehingga membuat penelitian bahawa Jesus akan datang ke bumi antara tanggal 21 Mac 1843 dan 21 Mac 1844. Walaupun perhitungan tersebut tidak terbukti, tetapi para pengikut Advent menafsirkannya secara lain. Dan salah satu golongan Advent yang terkenal adalah "Advent hari ketujuh" (seventh-day Adventist) yang mempercayai bahawa manusia setelah mati, jiwa, dan tubuhnya tersebut dalam keadaan tidur dan akan terjaga di hari kebangkitan.
Kemudian, Jesus akan memerintah selama 1.000 tahun dan semua orang yang tidak percaya akan dimusnahkan. Mereka mengharamkan membaptis anak-anak dan semua anggotanya mengorbankan sepersepuluh dari pendapatannya. Organisasinya sangat rapi dan dilaksanakan oleh para anggotanya dengan penuh suka cita. Di samping pengikut Advent, berkembang pula pemahaman baru yang disebut dengan "saksi Jehovah" yang didirikan oleh Charles Rusle (meninggal 1916) dan oleh Rutherford (meninggal 1942). Mereka merasa yakin bahawa Jesus akan datang ke bumi tahun 1914, sehingga pecahnya Perang Dunia I dihubungkan dengan kitab Wahyu 12: 7-12. Mereka sangat yakin dengan akan datangnya "dunia baru" (novus ordo seclorum). Negara dianggapnya sebagai "alat syaitan" dan mengharamkan anggotanya untuk mengikut dinasti kerajaan dan politik.
Penafsiran serta berdirinya berbagai kaum, aliran, organisasi-organisasi di lingkungan Kristian, sangat dimungkinkan; mengingatkan ayat ayat yang ada di dalam kitab Injil Perjanjian Baru atau Perjanjian Lama penuh dengan dongeng yang terbuka dengan penafsiran.
Edmon Jacob mengatakan:
"Adalah sangat mungkin bahawa apa yang dikisahkan di dalam Perjanjian Lama tentang Nabi Musa dan pemimpin-pemimpin agama Yahudi tidak sesuai dengan yang terjadi dalam sejarah, akan tetapi para tukang dongeng yang dapat membuat kisah secara indah dengan imaginasi untuk merangkai episod...."
Dengan demikian, Iluminasi memanfaatkan berbagai penafsiran serta bertentangan diantara agama Yahudi dan Kristian yang telah berlangsung dalam kurun waktu yang sangat lama. Adam Weishaupt yang semula adalah seorang paderi kristian, tentunya sangat mendalami segala aspek teologi Kristian serta peribadatan umat kristian yang dialaminya dengan baik selama kesaksiannya sebagai paderi Katolik. Kesungguhan dirinya pada gereja.dan mendirikan aliran-aliran bid'ah telah "memperkaya" bertentangan yang semakin melebar di kalangan Kristian itu sendiri
Bersambung ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan