Sambungan dari tajuk : Bab 1 : D. Satu Dunia Baru (New World Order)
Pada tahun 1875, Helena Petrovna Blavatsky pembangun dan pelopor masyarakat Theosophyst 15 NewYork mengembangkan "gerakan abad baru". Blavatsky mengaku telah mendapatkan wahyu dan mempunyai kekuatan mistik untuk meyakinkan masyarakat. Dia mengaku sebagai medium dari kekuatan supernatural (ghaib). Untuk memperkenalkan ajarannya, dia mengarang buku ISIS Unveiled tahun 1877 yang diantaranya meyakinkan pembacanya bahawa syaitan dan Jehovah adalah satu identiti yang baik dengan menyerukan umat manusia menuju satu agama, satu pemerintahan, dan satu tuhan. Pada tahun 1879, Blavatsky mengarang buku yang lebih terperinci berjudul The Secret Doctrine dengan memaparkan bahawa tuhan semua manusia adalah Jehovah (Jhvh atau dajjal) yang identitikan syaitan, sebagaimana tertulis dalam Bibel.
Keyakinan mereka terhadap matahari, bintang, dan astronomi memberikan warna yang sangat kental terhadap sistem keyakinan kaum freemason. Jesus Christ adalah Tuhan yang unik, sehingga Jesus Christ yang asli, bukanlah Jesus, melainkan Lucifer yang mempunyai "roh" dari Tuhan dengan membawa misi menjadikan "satu dunia baru" (novus ordo seclorum).
Dengan terwujudnya dunia baru maka seluruh kekuatan terpusat dalam satu garis komando atau dibawah kawalan dan arahan Iluminati. Iaitu, dunia yang satu, tanpa batas, tanpa fanatisme kebangsaan mahupun agama mesti dijadikan summum bonum (tujuan tertinggi) serta pemikiran peradaban termoden masa depan. Ferguson berkata, "Bumi ini adalah tanpa batas negara." (The whole earth is boarderless country).
Prof. J. S. Malan --dari North University Capetown dan seorang ahli ekonomi dari Universitas Sao Paolo -- mempertegaskan "misi abad baru" kehidupan, ia mengatakan bahawa kuartal terakhir abad 20 merupakan awal kebangkitan gerakan dunia baru yang sudah direncanakan. Saat itu merupakan keadaan kondusif untuk memperkenalkan ajaran Iluminati tentang "kehidupan abad baru" dengan mendukung gerakan kemanusiaan, kemerdekaan, dan sosialisme. Sebagai kesimpulannya, mereka mesti berusaha mengikis rasa nasionalisme serta agama Kristiann fundamental atau kebangsawanan.
Tamat sudah tajuk Bab 1 : D. Satu Dunia Baru (New World Order). Sehingga berjumpa lagi pada tajuk Abad Aquarius pada masa yang akan datang, InsyaAllah ....
Audio Al Quran Beserta Terjemahan
07 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan