عن أبي هریرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله، ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشرأن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian saling dengki, jangan saling menipu, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi, dan jangan kalian membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang lain. Jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling menzalimi, berbohong kepadanya dan buat tidak endah kepadanya. Taqwa itu ada disini (beliau sambil menunjuk dadanya 3 kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim. Haram bagi seorang muslim dari muslim yang lainnya dari segi darahnya, hartanya, dan harga dirinya”
(HR. Muslim)
Kedudukan Hadits
Hadits ini sangat penting kerana merupakan landasan dalam bermuamalah atau berjual-beli dengan sesama muslim dan menunaikan hak-hak mereka.
Hasad, Najas, Kebencian dan Boikot
Hasad atau Dengki (Jelaousy) adalah tidak suka melihat saudaranya mendapat kenikmatan, baik berangan-angan hilangnya nikmat tersebut dari saudaranya atau tidak. Hasad merupakan akhlak yang sangat tercela. Hasad di samping wujud protes terhadap takdir, juga su’udzon (bersangka buruk) kepada Allah di kala menganggap bahawa nikmat tersebut tidak sepatutnya berlaku kepada saudaranya.
Najas (Najis - sesuatu yang kotor) adalah bermuamalah dengan melakukan berbagai macam tipu daya. Najas hukumnya haram kerana semestinya bermuamalah dengan saudaranya dengan muamalah yang baik.
Kebencian kepada saudaranya ada dua bentuk, iaitu:
1. Benci kerana agama. Kebencian seperti ini boleh bahkan wajib, iaitu membenci saudaranya kerana keburukan agamanya atau cara hidupnya. Kebencian seperti ini tidaklah kebencian secara mutlak, dalam erti kata lain di samping rasa benci terdapat juga dalam hatinya rasa cinta kerana masih saudaranya.
2. Benci kerana dunia. Kebencian seperti ini haram hukumnya. Maka jika seseorang mendapatkan dalam dirinya kebencian kepada saudaranya hendaklah dia melihat kepada kebaikannya agar kebencian tersebut hilang.
Hajr atau memboikot saudaranya, ada dua cara iaitu:
1. Memboikot kerana alasan agama. Hukumnya boleh jika mendatangkan masalah bagi yang memboikot atau bagi yang diboikot.
2. Memboikot kerana alasan dunia. Hukumnya boleh jika saudaranya telah menyakitinya dengan batasan waktu maksimum tiga hari. Dan lebih baik dia memaafkan dan melupakan kesalahan saudaranya dan tidak memboikotnya.
Merendahkan Status Saudara SeMuslim
Haram seseorang merendahkan saudaranya ataupun meletakkan sistem kasta dalam pergaulan. Iaitu dia berkeyakinan bahawa saudaranya lebih rendah dari dirinya kerana keturunannya, daerahnya, pekerjaannya,dan sebab-sebab lain. Merendahkan saudaranya bertentangan dengan kewajipan untuk memuliakannya. Kerana bagaimanapun keadaan seorang muslim ada pada dirinya keimanan, ketauhidan, dan lain-lain dari ketaatan yang wajib untuk dimuliakan.
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan