عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم
Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lidahnya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.”(HR. Muslim)
Kedudukan Hadits
Hadits ini sangat penting. Menjelaskan kewajipan amar ma’ruf nahi munkar.
Mengubah Kemungkaran
Kemungkaran adalah semua yang dinilai buruk oleh syariat, iaitu yang hukumnya haram. Kemungkaran yang diubah adalah yang terlihat mata atau yang sejajar dengan kedudukan mata, dan mengubahnya ketika melihat kemungkaran tersebut. Kemungkaran yang tidak terlihat mata tapi diketahui masuk dalam pembahasan nasihat. Dan yang diubah adalah kemungkarannya. Adapun pelaku kemungkaran tersebut maka termasuk dalam permasalahan yang lain.
Mengubah kemungkaran tidak sama dengan menghilangkan kemungkaran. Oleh kerana itu telah dikatakan mengubah kemungkaran jika telah mengingkarinya dengan lidahnya atau hatinya, walaupun tidak menghilangkan kemungkaran itu dengan tangannya.
Batasan kewajipan mengubah kemungkaran terikat dengan kemampuan atau dugaan kuat. Ertinya, jika seorang memiliki kemampuan untuk menghilangkan kemungkaran dengan tangan maka wajib untuk menghilangkan dengan tangannya. Demikian juga jika diduga kuat pengingkaran dengan lidah akan berfaedah maka wajib mengingkari dengan lidahnya. Adapun pengingkaran dengan hati maka wajib bagi semuanya, kerana setiap muslim pasti mampu untuk mengingkari dengan hatinya.
Mengingkari dengan hati bermaksud membenci kemungkaran yang berlaku itu dengan memendamnya di dalam hati atau meyakini keharaman kemungkaran yang dia lihat lalu membencinya.
Perbezaan Ingkar Mungkar dan Nasihat
Ingkar mungkar ruang lingkupnya lebih sempit dibandingkan dengan nasihat. Pembahasan tentang nasihat telah dijelaskan pada hadits ke-tujuh. Ingkar mungkar termasuk dari nasihat. Kerana itu ingkar mungkar disyaratkan padanya berbagai syarat, di antara syarat terpenting adalah kemungkaran itu dilihat dan pengingkaran tidak menimbulkan kemungkaran yang lebih besar.
Kesan-kesan Ingkar Mungkar dan Hukum Pengingkarannya
Sebuah kemungkaran jika diingkari akan terjadi satu di antara empat tersebut di bawah ini:
1. Berpindah kepada kemungkaran yang lebih besar. Hukum pengingkarannya haram.
2. Berpindah kepada keadaan yang lebih baik. Hukum pengingkarannya wajib.
3. Berpindah kepada kemungkaran lain yang sepadan. Hukum pengingkarannya memerlukan ijtihad.
4. Berpindah kepada kemungkaran lain yang belum jelas besar kecilnya. Hukum pengingkarannya haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan