Dari Sa’id Sa’d bin Malik bin Sinan Al-Khudri radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Dilarang segala yang bahaya dan menimpakan bahaya.”
(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Daruquthni, dan yang lainnya dengan disanadkan dan diriwayatkan oleh Malik dalam Al-Muwatha’ secara mursal, dari Amr bin Yahya, dari bapanya, dari Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam dengan meniadakan Abu Sa’id. Hadits ini menguatkan satu dengan yang lainnya)
Kedudukan Hadits
Hadits ini sangat penting kerana berisi kaedah agama di mana dengan kaedah tersebut merangkumi hukum-hukum yang sangat banyak.
Tidak Mendatangkan Mudharat
Sesuatu yang disyariatkan baik dalam ibadah atau muamalah tidak mendatangkan mudharat bagi pelakunya. Hamba tidak boleh mendatangkan mudharat dalam bermuamalah sementara dia tidak memperolehi manfaat. Jika mudharat yang ditimbulkan mendatangkan manfaat bagi dirinya, maka hukumnya tafsil. Iaitu:
1. Jika mudharat itu sesuatu yang biasa dan manfaatnya jelas, maka hukumnya boleh.
2. Jika mudharat itu sesuatu yang luar biasa, dan manfaatnya tidak jelas maka hukumnya tidak boleh.
WAllahua'alam ....
Audio Al Quran Beserta Terjemahan
18 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan