Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika semua orang dibiarkan menuduh sesuka hatinya, nescaya akan ada ramai orang yang menuduh tentang harta suatu kaum dan keturunannya. Oleh kerananya, haruslah seseorang yang menuduh itu menunjukkan bukti-bukti tuduhannya dan yang menolak tuduhan wajib untuk bersumpah.”
(Hadits hasan diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan yang lainnya, sebahagiannya terdapat dalam kitab Shahih)
Kedudukan Hadits
Hadits ini sangat penting kerana merupakan dasar dalam bab hukum dan perselisihan.
Bukti
Bukti adalah segala sesuatu yang menunjukkan kepada yang benar. Dengan demikian bukti itu sangat banyak macamnya dan berbeza-beza sesuai dengan perbezaan waktu dan tempat.
Bukti diperlukan pada setiap pengakuan. Maka pengakuan tanpa bukti tidak dihiraukan. Namun ada kalanya meskipun penuduh tidak membawa bukti, diperlukan sumpah dari yang dituduh jika dia mengingkarinya.
Keputusan Hakim
Hakim tidak boleh memutuskan hukuman berdasarkan yang dia ketahui dan sesuka hatinya, tetapi wajib berdasarkan bukti-bukti. Mana yang lebih kuat buktinya itulah yang dia menangkan meskipun dia tahu bahawa yang buktinya lebih kuat telah berbuat curang. Maka dalam perselisihan, keputusan hakim tidak mesti benar. Oleh kerana itu tidak boleh bagi seorang mengambil hak orang lain dengan alasan kerana hakim memenangkannya. Dia menjadikan keputusan hakim sebagai kebenaran, padahal dia tahu bahwa dirinyalah yang bersalah.
Audio Al Quran Beserta Terjemahan
26 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan