Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

01 November 2009

Hadits Ke-29 - Jihad Puncak Segala Urusan Agama

Dari Mu’adz bin Jabal radhiallahu ‘anhu berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, beritahu aku amal yang akan memasukanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka”. Baginda bersabda, “Engkau telah bertanya tentang masalah yang besar. Namun itu adalah perkara yang mudah bagi siapa yang dimudahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Engkau harus menyembah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan apapun, mendirikan sholat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, dan haji ke Baitullah.” Kemudian baginda bersabda, “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebajikan? Puasa adalah perisai, sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, dan solat di tengah malam.” Kemudian beliau membaca ayat. “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….” Hingga firman-Nya, “…sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan,” (As-Sajdah 16-17). Kemudian baginda bersabda kembali, “Mahukah kalian kuberitahu pangkal agama, tiangnya dan puncak tertingginya?”. Aku menjawab, “Mahu, wahai Rasulullah.” Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Pokok urusan adalah Islam (masuk Islam dengan syahadah yang sah), tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad.” Kemudian baginda melanjutkan, “Mahukah kalian kuberitahu tentang punca bagi semua itu?” Saya menjawab, “Mahu, wahai Rasulullah.” Beliau lalu memegang lidahnya dan bersabda, “Jagalah ini.” (Sambil Baginda menunjukkan kepada lidahnya) Saya berkata, “Wahai Nabi Allah, apakah kita akan diseksa kerana ucapan-ucapan kita?” Beliau menjawab, “Celaka kamu. Bukankah banyak dari kalangan manusia yang tersungkur kedalam api neraka dengan mukanya terlebih dahulu (dalam riwayat lain: dengan lehernya terlebih dahulu) itu disebabkan kata-kata dari ucapan lidahnya?”

(HR. Tirmidzi ia berkata, “Hadits ini hasan shahih.”)

ILMU YANG BERMANFAAT

Ilmu yang semestinya ditekuni dan dikejar adalah ilmu yang dapat memasukkan ke syurga dan menyelamatkan dari api neraka. Inilah ilmu yang betul-betul bermanfaat. Perlu diperhatikan bahawa ada keasyikan tersendiri tatkala menuntut ilmu. Maka barang siapa yang keasyikannya melalaikan dia dari hakikat dicarinya ilmu, maka telah melampaui batas.

Pengamalan ilmu pada dasarnya sesuatu yang berat, tetapi terasa mudah bagi yang mendapat kemudahan dari Allah.

IBADAH

Ibadah hanya boleh ditujukan kepada Allah. Menunjukkan ibadah kepada selain Allah adalah syirik. Ibadah hanya kepada Allah dan tidak berbuat syirik merupakan inti risalah para Rasul. Seseorang yang telah menunaikan ibadah hanya kepada Allah dan tidak berbuat syirik dinamakan muwahhid.

Syirik ada dua macam, yaitu syirik akbar dan ashgar. Seseorang yang melakukan syirik akbar dinamakan musyrik dan hilang tauhidnya jika sebelumnya dia seorang muwahid. Pelaku syirik ashgar telah berdosa besar dan berkurang tauhidnya, tetapi tidak hilang tauhidnya.

JIHAD FI SABILILLAH

Jihad membezakan agama Islam dengan agama yang lain, seperti bonggol yang membezakan unta dengan binatang yang lainnya. Hukum jihad ada yang wajib dan ada yang sunnah. Yang wajib terbahagi dua, wajib aini (setiap diri) dan wajib kifayah (jama'ah). Perincian selanjutnya ada dalam kitab fiqh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....