عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: (( أخذ رسول اللهبمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك
غریب أو عابر سبيل)) وآان ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك
رواه البخاري.((
Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam memegang bahuku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Bukhari)
Kedudukan Hadits
Hadits ini sangat penting kerana terkandung di dalamnya wasiat yang sangat agung.
Menjadi Orang Asing
Syurga adalah kampung halaman manusia, di mana Adam AS sebagai manusia pertama yang diciptakan Allah SWT bermula dari syurga. Seorang yang berakal tentu merindukan kampung halamannya yang penuh dengan kenikmatan. Maka dunia ini bukanlah tempat tinggal yang asal. Manusia di dunia berkedudukan seperti orang asing. Sebagai orang asing semestinya tidak terpedaya dengan kehidupan dunia lupa akan kampung halamannya.
Manusia tidak akan dapat kembali ke kampung halamannya sehingga dia beramal dengan amalan yang menjadi syarat untuk dapat kembali. Syaratnya adalah sentiasa menghadirkan hukum syariat di hatinya dalam setiap keadaan kemudian melaksanakan perintah hukum tersebut. Jika lalai dan terjerumus dalam dosa segera istighfar dan bertaubat sehingga keadaannya lebih baik dibanding sebelum berdosa. Itulah manusia yang dapat kembali ke kampung halamannya dalam keadaan yang paling sempurna.
Syarah Hadits Ke-40 - Menjadi Orang Asing di Dunia
Penulis: Syaikh Shalih bin ‘Abdul Aziz Alu Syaikh hafizhahullah
Diterjemahkan dari Penjelasan Hadits Arba’in No. 40. Oleh: Abu Fatah Amrullah
Perujuk: Ustaz Abu Ukasyah Aris Munandar
Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma beliau berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua bahuku lalu bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari janganlah menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhari)
Penjelasan
Hadits ini adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar berisi nasihat nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Hadits ini dapat menghidupkan hati kerana di dalamnya terdapat peringatan untuk menjauhkan diri dari tipu daya dunia, masa muda, masa sihat, umur dan sebagainya.
Ibnu Umar berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua pundakku”, hal ini menunjukkan perhatian yang besar pada beliau, dan saat itu umur beliau masih 12 tahun. Ibnu Umar berkata: “beliau pernah memegang kedua bahuku”. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan”. Jika manusia mahu memahami hadits ini maka di dalamnya terkandung wasiat penting yang sesuai dengan realiti sekarang. Sesungguhnya manusia (Adam AS) memulai kehidupannya di syurga kemudian diturunkan ke bumi ini sebagai cubaan, maka manusia adalah seperti orang asing atau musafir dalam kehidupannya. Kedatangan manusia di dunia (sebagai manusia) adalah seperti datangnya orang asing. Padahal sebenarnya tempat tinggal Adam dan orang yang mengikutinya dalam masalah keimanan, ketakwaan, tauhid dan keikhlasan pada Allah adalah surga. Sesungguhnya Adam diusir dari syurga adalah sebagai cubaan dan balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukannya. Jika engkau mahu merenungkan hal ini, maka engkau akan berkesimpulan bahawa seorang muslim yang hakiki akan sentiasa mengingatkan nafsunya dan mendidiknya dengan prinsip bahawa sesungguhnya tempat tinggalnya adalah di syurga, bukan di dunia ini. Dia berada pada tempat yang penuh cubaan di dunia ini, dia hanya seorang asing atau musafir sebagaimana yang disabdakan oleh Al Musthafa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.
Betapa indah perkataan Ibnu Qayyim rahimahullah ketika menyebutkan bahawa kerinduan, kecintaan dan harapan seorang muslim kepada syurga adalah kerana syurga merupakan tempat tinggalnya kembali semula. Seorang muslim sekarang adalah tawanan musuh-musuhnya dan diusir dari negeri asalnya kerana iblis telah menawan bapa kita, Adam ‘alaihissalam dan dia melihat, apakah dia akan dikembalikan ke tempat asalnya atau tidak. Oleh kerana itu, alangkah bagusnya perkataan seorang penyair:
Palingkan hatimu pada apa saja yang kau cintai
Tidaklah kecintaan itu kecuali pada cinta pertamamu
Iaitu Allah Jalla wa ‘Ala
Berapa banyak tempat tinggal di bumi yang ditempati seseorang
Dan selamanya kerinduannya hanya pada tempat tinggalnya yang semula
Iaitu syurga
Demikianlah, hal ini menjadikan hati sentiasa bertaubat dan tawadhu' kepada Allah Jalla wa ‘Ala. Iaitu orang yang hati mereka sentiasa bergantung pada Allah, baik dalam kecintaan, harapan, rasa cemas, dan ketaatan. Hati mereka pun selalu terkait dengan negeri yang penuh dengan kemuliaan iaitu syurga. Mereka mengetahui syurga tersebut seakan-akan berada di depan mata mereka. Mereka berada di dunia seperti orang asing atau musafir. Orang yang berada pada situasi seperti ini seakan-akan mereka adalah orang asing atau musafir tidak akan merasa senang dengan keadaannya sekarang. Kerana orang asing tidak akan merasa senang kecuali setelah berada di tengah-tengah keluarganya. Sedangkan musafir akan sentiasa mempercepat perjalanan agar urusannya segera selesai.
Demikianlah hakikat dunia. Nabi Adam telah menjalani masa hidupnya. Kemudian disusul oleh Nabi Nuh yang hidup selama 1000 tahun dan berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun,
.... فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا .... ﴿١٤﴾ |
“Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” (QS Al Ankabut: 14)
Kemudian zaman beliau selesai dan telah berlalu. Kemudian ada lagi sebuah kaum yang hidup selama beberapa ratus tahun kemudian zaman mereka berlalu. Kemudian setelah mereka, ada lagi kaum yang hidup selama 100 tahun, 80 tahun, 40 tahun 50 tahun dan seterusnya.
Hakikat mereka adalah seperti orang asing atau musafir. Mereka datang ke dunia kemudian mereka pergi meninggalkannya. Kematian akan menimpa setiap orang. Oleh kerana itu setiap orang wajib untuk memberikan perhatian pada dirinya. Musibah terbesar yang menimpa seseorang adalah kelalaian tentang hakikat ini, kelalaian tentang hakikat dunia yang sebenarnya. Jika Allah memberi nikmat padamu sehingga engkau dapat memahami hakikat dunia ini, bahawa dunia adalah negeri yang asing, negeri yang penuh ujian, negeri tempat berusaha, negeri yang sementara dan tidak kekal, nescaya hatimu akan menjadi sihat. Adapun jika engkau lalai tentang hakikat ini maka kematian dapat menimpa hatimu. Semoga Allah menyedarkan kita semua dari segala bentuk kelalaian.
Kemudian Ibnu Umar radhiallohu ‘anhuma melanjutkan dengan berwasiat,
“Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada pagi hari jangan menunggu datangnya petang.”
Iaitu hendaklah anda sentiasa berwaspada dengan kematian yang datang secara tiba-tiba. Hendaklah anda sentiasa bersiap sedia dengan datangnya kematian. Disebutkan dari para ulama salaf dan ulama hadits bahawa jika seseorang diberi tahu bahawa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya.
Jika seseorang diberi tahu bahawa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya. Hal ini dapat terjadi dengan sentiasa mengingat hak Allah. Jika dia beribadah, maka dia telah menunaikan hak Allah dan ikhlas dalam beribadah hanya untuk Rabbnya. Jika dia memberi nafkah pada keluarganya, maka dia melakukannya dengan ikhlas dan sesuai dengan syari'at. Jika dia berjual beli, maka dia akan melakukan dengan ikhlas dan sentiasa berharap untuk mendapatkan rezeki yang halal. Demikianlah, setiap kegiatan yang dia lakukan, sentiasa dilandasi oleh ilmu. Ini adalah keutamaan orang yang memiliki ilmu, jika mereka bertindak dan berbuat sesuatu maka dia akan sentiasa berlandaskan dengan hukum syari'at. Jika mereka berbuat dosa dan kesalahan, maka dengan segera mereka akan memohon keampunan. Maka dia akan seperti orang yang tidak berdosa setelah beristighfar. Ini adalah kedudukan mereka. Oleh kerana itu Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma mengatakan:
“Pergunakanlah masa sehatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan