Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

03 Ogos 2010

Bab 1 : C. Penafsiran Baru tentang Syaitan

Penafsiran baru tentang syaitan merupakan isi penting dalam ajaran Iluminati. Manusia yang sesat menganggap bahawa syaitan adalah malaikat yang jatuh dari surga dan sengaja "dibumikan", iaitu untuk menebus dosanya dengan cara menjadi penyelamat bagi umat manusia dari kepalsuan agama Kristian. Manusia yang sesat menganggap bahawa kesalahan yang berat bagi umat Kristian adalah menjadikan Jesus sebagai Tuhan dan gereja sebagai pusat dogma yang menjadi "penjara" kebebasan manusia.

Manusia yang sesat menganggap tuduhan kepada syaitan bahawa ia sebagai makhluk yang sesat dan berdosa adalah salah sama sekali. Justeru, syaitan adalah lambang dari keberanian, keterbukaan, dan rasa tanggung jawab. Sikapnya yang membangkang kepada Tuhan bukanlah sebuah kesalahan, melainkan tanggung jawab dan rasa cintanya terhadap manusia. Syaitan adalah satu malaikat yang berani mengambil risiko dalam rangka memberikan pelajaran demokrasi kepada manusia. Syaitan adalah "bapa demokrasi" dan "bapa kebebasan", yang memberikan semangat paling rasional dalam memperjuangkan demokrasi dan kebebasan. 
 
Sebagai kesimpulannya, syaitan menerima hukuman, sementara di lain pihak atau pihak yang sesat, ia menganggap dirinya sebagai malaikat yang turun (the fallen angel). Hukuman yang sekaligus sebagai misi suci adalah membela martabat manusia. Tentu sahaja, keadaan ini banyak diprotes dan menjadi bahan perdebatan diantara kaum Yahudi dan Kristian sebagai keupayaan untuk memporak-porandakan agama di muka bumi. Juga sekaligus menodai makna dasar demokrasi dan kebebasan itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....