Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

27 Ogos 2010

Penipuan Syaitan

Sambungan dari tajukBab 1 : C. Penafsiran Baru tentang Syaitan

Akan tetapi, Bible sendiri penuh dengan cerita yang terbuka untuk berbagai penafsiran tentang tajuk ini, sebagaimana beberapa contoh sebagai berikut.

1. Lukas 10: 17-18
"Kemudian ketujuh puluh murid itu kembali dengan gembira dan berkata, Tuhan, juga syaitan-syaitan takluk kepada kami demi nama-Mu. Lalu kata Jesus kepada mereka, 'Aku melihat iblis jatuh seperti kilat dari langit'…"

2. Wahyu 12: 3-4
"Maka nampaklah suatu tanda yang lain di langit; dan lihatlah seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi."

3. Yesaya 23: 8
"Siapakah yang memutuskan ini atas Tirus, kota yang pernah menghadiahkan mahkota yang saudagar-saudagarnya pembesar dan pedagang-pedagangnya orang-orang mulia di bumi?"

4. Ayub 1: 6; 2: 1
"Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap Tuhan dan diantara mereka datanglah juga syaitan. Maka bertanyalah Tuhan kepada iblis, 'Dari mana saja engkau?' Lalu syaitan menjawab, 'Dari perjalanan mengelilingi dan menjelajah bumi'..."

Syaitan adalah "roh" yang diiringi anak buahnya diturunkan ke bumi untuk menyempurnakan misi menyelamatkan manusia (the fallen angel and the savior) mempunyai misi yang mulia, iaitu mengangkat manusia untuk hidup di bumi dengan sejahtera.

Cara kerja setan seperti digambarkannya bagaikan seorang "pedagang" dengan merujuk kepada Yehezkiel 28:16.13. "Pedagang" yang merupakan terjemahan dari rekulla (bahasa Yahudi) dari kata dasarnya yang membawa maksud: 'tukang umpat, fitnah', memberikan kesan bahawa syaitan pada dasarnya adalah "roh kebenaran" yang cara-caranya bersifat bebas, penuh persaingan, dan berorientasi pada keuntungan. Mereka menganggap bahawa selama ini umat Kristian telah salah tafsir terhadap misi syaitan yang mulia. Mereka hanya melihat sisi gelap dari syaitan  sebagai "tuhan kegelapan", padahal misi akhir dari syaitan adalah menjadikan manusia untuk dapat menikmati kehidupan syurgawi sebagaimana awal penciptaannya.

Syaitan merupakan simbol dari "roh" (devil, spirit, dan demon) yang akan menyucikan manusia dan akan mendirikan satu dunia baru: menjadi penguasa dan hakim di muka bumi -- sekarang berlangsung penghakiman atas dunia ini; sekarang juga penguasa dunia ini akan dilemparkan ke luar (Yohanes 12: 31).

Syaitan memiliki sifat suci, sebagaimana malaikat pula memikul amanah untuk mewujudkan kerajaan di bumi dan menunjukkan kemegahannya. Dan iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya (Matius 4: 8).

Mereka yang memberikan persembahan dan penyembahan kepada syaitan (satanic worship) akan mendapatkan pencerahan dan berhak untuk memperoleh kemenangan kerajaan serta turut mewujudkan dunia baru. Untuk itu, kaum Iluminati meyakini bahawa Kristian yang sebenarnya adalah Yahweh atau Jehovah, yang kemudian menjadi agama kontroversial di kalangan Kristian, kerana ajarannya yang secara sangat halus menyelitkan misi anti-Kristian dan membawa manusia untuk menerima syaitan sebagai malaikat penolong.

Tamat sudah tajuk  Bab 1 : C. Penafsiran Baru tentang SyaitanSehingga berjumpa lagi pada tajuk New World Order pada masa yang akan datang, InsyaAllah ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....