Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

15 Disember 2010

Bab 1 : G. Lembaga Kewangan(The Finance and Funds)

Untuk mewujudkan impian mereka, pada tahun 1999 ini, seluruh wilayah belahan bumi sudah dikuasai oleh jaringan kekuasaan Iblis Lucifer. Semua umat manusia harus memandang pada satu arah, iaitu kekuatan mata wang, sebagaimana yang dilambangkan oleh mata wang satu dolar Amerika -- novus ordo seclorum. Seluruh struktur perekonomian global telah dikuasai oleh kaum Iluminati, gerakan World Bank dan IMF telah menjadi "dewa Lucifer" yang akan menyelamatkan umat manusia sekaligus menguasainya dengan jaringan kekuasaan ekonomi dengan matawang tersebut.


Hal ini sesuai dengan ucapan Prof. J.S. Malan, seorang ahli ekonomi dari Universiti Sao Paolo yang mengatakan:

"Setiap bangsa akan menanggung hutang yang berat dan mereka tidak akan mampu membayarnya, sehingga mereka harus menebusnya hingga menjadi sebagai hamba yang setia dan patuh terhadap perintah. Kekuatan IMF sangat hebat sehingga tidak akan ada satu negara pun yang mampu mendapatkan satu sen pun, kecuali atas persetujuan atau arahan dari IMF"

Kekuasaan IMF adalah usaha tangan dari gerakan zionis yang merupakan perwujudan dari perintah Tuhan, "Orang kaya menguasai orang miskin yang berhutang menjadi hamba dari yang memberi hutang. " (Amsal 22:7).

Mereka mesti menguasai seluruh ladang kerana kelaparan yang bakal ditanggung oleh bangsa-bangsa di muka bumi. Kaum zionis akan menjadikan seluruh bangsa merangkak dan mengemis kepada kekuasaannya (Kejadian 47: 13-20).

Sikap tamak dan memakan harta secara batil ini telah diingatkan Allah kepada orang-orang beriman agar tidak mencontoh dan mengikuti sikap kaum Yahudi dan Nasrani tersebut, sebagaimana fiman-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalangi-halangi (manusia) dari jalan Allah...." (at-Taubah: 34)

۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِّنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۗ .... ﴿٣٤﴾ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam)." (QS At Taubah : 34)

04 Disember 2010

1999


Mereka menafsirkan segala sesuatu menurut rencana-rencana pendirian satu pemerintahan. Walaupun begitu, kalangan agama Kristian lainnya mempunyai pertentangan, bahkan menolak penafsiran kaum iluminati atau agama Kristian Jehovah yang menurutnya tidak berdasar atau bersifat subjektif:

Buku Novus Ordo Seclorum yang dikarang Adam Weishaupt selesai dikarang pada tarikh 1 Mei 1776 dan juga menjadi tarikh perayaan lahirnya Komunis, yang mereka anggap telah diberkati Tuhan. Terbukti bahawa komponen bilangan dari tarikh bulan dan tahun tersebut secara sengaja mengandungi the Beast 666.

Bagi kaum Iluminati segala sesuatu yang ada di muka bumi ini selalu saling berkaitan dan mempunyai makna terhadap ajaran Iblis atau Lucifer, dan the Beast 666. Tidak ada satu kegiatan pun kecuali rencana daripada "kebangkitan" dari Lucifer sebagai utusan dari kosmik Kristianisasi yang di pimpin oleh Tuhan Jehovah. Setiap warga dunia mesti menjadi saksi Jehovah, bersatu dalam satu kehidupan, cinta, dan kebebasan (life, love, and liberty).

Tahun 1999 merupakan "tahun syaitan". Pada tahun tersebut, kerosakan dan huru-hara akan timbul dari belahan bumi bahagian timur Bila 1999 dibaca dari kanan ke kiri maka menjadi 666 dan 1.20 Mereka meramalkan bahawa tahun 1999 bererti tahun kekuasaan the Beast 666 yang berusaha untuk menegakkan "satu kekuasaan" (uno universum) dan sekaligus sebagai jambatan untuk menuju tahun kembalinya: kekuasaan Israel di muka bumi, Kerajaan Jehovah dan berdirinya menara Bible, serta berkuasanya Kerajaan Namrud (Nimrod) yang menunjukkan awal dari kerajaan matahari yang cemerlang.

Akan bersambung pada tajuk baru,  Bab 1 : G. Lembaga Kewangan (The Finance and Funds), insyaAllah ....

15 November 2010

Bab 1 : F. Mewujudkan Impian

Melihat kecenderungannya yang selalu mengaitkan ajaran ketuhanan dengan nilai-nilai mistik/ghaib (okultisme), astronomi, ilmu bintang, dan kejadian alam semesta, serta penafsiran-penafsiran kitab suci Bible, sungguh sangat jelas bahawa Iluminati dan freemason merupakan organisasi rahsia dengan nafas penuh misteri, okultisme, dan sangat berbau mistik. Cita-citanya untuk menjadikan satu agama, menggabungkan ajaran konvensional yang dianut majoriti manusia menunjukkan bentuk sikretisasi tersebut, yaitu menggabungkan seluruh fahaman kepercayaan dan agama menjadi satu agama atau sebagi contoh, 1 Israel, sebagaimana yang pernah disarankan oleh Presiden Israel Ehud Barak (gambar), yang tunduk pada Lucifer atau penyembahan kepada syaitan. Kentalnya peribadatan yang berbau mistik menunjukkan bentuk kebatinan dengan berbagai tatacara untuk mempengaruhi jiwa manusia. Mereka memanfaatkan segala bentuk kekuatan jiwa manusia, bermula dari telepati sampai vodoo (ilmu mistik Jamaika), kerananya mereka pun menganggap bahawa manusia merupakan pusat kekuatan di muka bumi ini. Segala macam penyembahan dan penuhanan mesti dihapuskan melalui semangat kesatuan yang mendunia, di mana setiap manusia adalah "warga negara planet" dan makhluk alam semesta (homo sapiens universalist).

Mewujudkan impian Kerajaan Namrud (Nimrod) dan Menara Babylon, bukan hanya bersifat pasif menunggu nasib, melainkan mesti diusahakan melalui pemikiran yang cerdas, terencana, dan merasionalkan seluruh lambang-lambang atau ayat-ayat mistik yang berada dalam kitab suci yang bersifat multi-interpretasi dan fleksibel. Sebagai contoh adalah ayat yang terdapat pada Perjanjian Baru (New Testament), Wahyu 13: 18:

"Yang penting di sini ialah hikmat barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya adalah enam ratus enampuluh enam (666)."

Akan bersambung dalam tajuk yang sama pada masa akan datang. insyaAllah ....

25 Oktober 2010

Fahaman Iluminati

 Sambungan dari tajukBab 1 : E. Abad Aquarius


Pada abad aquarius ini atau menjelang berakhirnya abad 20, Iluminati telah membuka berbagai organisasi pencerahan di seluruh pelusuk negara maju, yang tugas utamanya meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan, mengikat tali persaudaraan menuju cita-cita "satu dunia baru" (novus ordo seclorum) tersebut. Beberapa pimpinan puncak organisasi dunia selalu dijawat oleh orang keturunan Yahudi yang sangat memahami misinya antara lain, sebagai berikut:

01. The World Alliance of Reformed Churches
02. Tara
03. New Group of World Servers
04. World Future Society
05. The Theosophical Society
06. The Association of Humanistic Movement
07. Global2000
08. Club of Rome
09. World Bank
10. IMF (International Monetery Fund)

Menjelang berakhirnya abad 20, seluruh fahaman Iluminati sudah mula bercambah ke pelusuk dunia. Iaitu, bercambah sehingga ke pentas sosial, kebudayaan, dan politik yang telah direncanakan akan menerima fahaman humanisme, liberalisme, sosialisme, serta keyakinan baru yang diselitkan ke tubuh para penganut agama tentang pentingnya: satu dunia baru, ekologi baru, serta suasana hidup yang baru. Berbagai organisasi kemasyarakatan sekuar mesti menjadi "perajurit" dan "budak setia" untuk membuka jalan dan sekaligus sebagai koridor menuju cita-cita novus ordo seclorum. Berbagai penerbitan, buku-buku bermutu, telekomunikasi, media massa mesti menjadi satu jaringan dengan satu suara, dan satu order kehidupan untuk menegakkan hukum kebebasan. Hingga ke hari ini mereka menguasai keseluruhannya.

Seluruh organisasi yang ada mesti membawa pesanan-pesanan kasih-sayang, misalnya: lingkungan hidup, kemanusiaan, liberalisme, dan sebagainya. Gerakan rahsia freemason harus memasuki seluruh tubuh organisasi, mencuci otak para intelektualnya, membebaskan diri dari dogma agama yang tidak bersifat tolak-ansur, serta politik despotisme (fahaman tentang kekuasaan tidak terbatas).

Kaum freemason sangat membanggakan Patung Kemerdekaan Amerika (statue of liberty) di New York sebagai lambang yang kebebasan jiwa dan semangat kebebasan dunia baru. Patung tersebut merupakan persembahan dari Auguste Bartholdi yang juga anggota peringkat ke-33 freemason.

Tamat sudah tajuk ini sehingga berjumpa lagi ke tajuk baru pada masa akan datang, Bab 1 : F. Mewujudkan Impian .

18 September 2010

Bab 1 : E. Abad Aquarius

Sebelum memasuki orde dunia baru yang bersifat menyeluruh, umat manusia akan memasuki abad aquarius yang merupakan waktu transisi, sebagaimana dinukilkan di dalam Bibel:
"Ketahuilah, apabila kamu memasuki kota, kamu akan bertemu dengan seorang yang membawa kendi berisi air (aquarius). Ikutlah dia ke dalam rumah yang dimasukinya." (Lukas 22:10).

Para Iluminati menafsirkan ayat tersebut sebagai pertanda suatu zaman, di mana para anggota freemason mesti aktif mencurahkan pencerahan kepada umat manusia, melakukan berbagai reformasi di segala bidang menuju kepada satu arah pandangan umat manusia. Peradaban dunia baru akan dihantarkan oleh Iluminati dengan bantuan berbagai organisasi yang dikendalikannya akan membimbing umat manusia untuk memasuki altar atau sinagog (tempat ibadah orang Yahudi, ed.) si pembawa kendi. Dengan air suci dari kendi itu, umat manusia akan dicerahkan dan disedarkan bahawa mereka adalah manusia yang satu (homeo universaliti). David Spangler merupakan tokoh yang sangat aktif memperkenalkan "warga negara planet" (planetary citizen).

Mereka mengakui bahawa tentangan terbesar dalam abad aquarius adalah adanya konflik, fitnah dan tentangan dari agama-agama, serta mereka yang masih menginginkan status quo kekuasaannya. Mereka inilah yang menjadi sasaran reformasi kaum Iluminasi agar mengenal pintu pencerahan (enlightement). Prof. Malan mengakui hal tersebut dan berkata:
"Tentangan terbesar saat ini (abad aquarius) adalah mereka yang masih menginginkan atau berpegang teguh pada status quo (the big challenge of our time is to convince those people who still cling to the old order)."

Akan bersambung pada tajuk yang sama ....

07 September 2010

"novus ordo seclorum" yang tertera pada wang kertas Amerika Syarikat

 Sambungan dari tajukBab 1 : D. Satu Dunia Baru (New World Order)



Pada tahun 1875, Helena Petrovna Blavatsky pembangun dan pelopor masyarakat Theosophyst 15 NewYork mengembangkan "gerakan abad baru". Blavatsky mengaku telah mendapatkan wahyu dan mempunyai kekuatan mistik untuk meyakinkan masyarakat. Dia mengaku sebagai medium dari kekuatan supernatural (ghaib). Untuk memperkenalkan ajarannya, dia mengarang buku ISIS Unveiled tahun 1877 yang diantaranya meyakinkan pembacanya bahawa syaitan dan Jehovah adalah satu identiti yang baik dengan menyerukan umat manusia menuju satu agama, satu pemerintahan, dan satu tuhan. Pada tahun 1879, Blavatsky mengarang buku yang lebih terperinci berjudul The Secret Doctrine dengan memaparkan bahawa tuhan semua manusia adalah Jehovah (Jhvh atau dajjal) yang identitikan syaitan, sebagaimana tertulis dalam Bibel.

Keyakinan mereka terhadap matahari, bintang, dan astronomi memberikan warna yang sangat kental terhadap sistem keyakinan kaum freemason. Jesus Christ adalah Tuhan yang unik, sehingga Jesus Christ yang asli, bukanlah Jesus, melainkan Lucifer yang mempunyai "roh" dari Tuhan dengan membawa misi menjadikan "satu dunia baru" (novus ordo seclorum).

Dengan terwujudnya dunia baru maka seluruh kekuatan terpusat dalam satu garis komando atau dibawah kawalan dan arahan Iluminati. Iaitu, dunia yang satu, tanpa batas, tanpa fanatisme kebangsaan mahupun agama mesti dijadikan summum bonum (tujuan tertinggi) serta pemikiran peradaban termoden masa depan. Ferguson berkata, "Bumi ini adalah tanpa batas negara." (The whole earth is boarderless country).

Prof. J. S. Malan --dari North University Capetown dan seorang ahli ekonomi dari Universitas Sao Paolo -- mempertegaskan "misi abad baru" kehidupan, ia mengatakan bahawa kuartal terakhir abad 20 merupakan awal kebangkitan gerakan dunia baru yang sudah direncanakan. Saat itu merupakan keadaan  kondusif untuk memperkenalkan ajaran Iluminati tentang "kehidupan abad baru" dengan mendukung gerakan kemanusiaan, kemerdekaan, dan sosialisme. Sebagai kesimpulannya, mereka mesti berusaha mengikis rasa nasionalisme serta agama Kristiann fundamental atau kebangsawanan.

Tamat sudah tajuk  Bab 1 : D. Satu Dunia Baru (New World Order)Sehingga berjumpa lagi pada tajuk Abad Aquarius pada masa yang akan datang, InsyaAllah ....

29 Ogos 2010

Bab 1 : D. Satu Dunia Baru (New World Order)

Gerakan Iluminati yang dipelopori Adam Weishaupt terus berkembang. Sebagai organisasi rahsia pada sejerah permulaannya, mereka tidak memerlukan satu organisasi yang dikenali oleh orang ramai, melalui gerakan terbuka atau iklan. Cita-cita untuk mewujudkan "dunia baru" yang bebas dari segala dogma dan sistem pemerintahan zalim yang berkonsepkan anti- agama. Gerakan ini mirip dengan "pengganti agama" dan organisasinya hanya sekadar alat belaka. Organisasi boleh hancur, tetapi tidak untuk sebuah cita-cita.

Buku karangan Adam Weishaupt yang berjudul Novus Ordo Seclorum14 atau 'Menuju Dunia Baru' telah memberi aspirasi yang sangat mendalam di kalangan Iluminati. Tema universalisme, unitarianisme, kemanusiaan membawa misi antiagama, terutama Kristian (anti-Christ). Mereka menguasai apa saja, selama itu mendukung cita-citanya. Upacara yang bersifat kebatinan merupakan bahagian dari warna Iluminati dan freemasonry. Upacara yang berbau mistik, seperti penyembahan syaitan dapat dilihat dari ritual freemason atau para penyembah syaitan yang dikoordinasikan oleh sebuah lembaga yang disebut dengan "Lembaga Penyembah Syaitan" (The Council of Satanic Worship) dengan cabang-cabang menyebar di berbagai kota metropolitan peradaban dunia Barat. Mereka ingin menunjukkan keunggulan "kebatinan" dunia Barat yang mempertajam pengetahuan astrologi atau ilmu perbintangan yang sudah mereka anggap sebagai bahagian dari budaya Judaism (kefahaman Yahudi) sejak dahulu kala.

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....