Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

20 September 2009

Hadits Ke-12 - Tinggalkan sesuatu yang tidak bermanfa'at

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Sebahagian dari tanda baiknya keIslaman seseorang ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.”

(Hadits hasan, diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya)

Kedudukan Hadits

Hadits ini merupakan landasan dalam bab adab dan akhlak (attitude).

Tahap Islam Seseorang

Tahap Islam seseorang bertingkat-tingkat. Cukuplah seseorang berpredikat tahap Islamnya jika telah melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram. Dan puncak tahap kehebatannya jika sampai darjat ehsan, yang tersebut dalam hadits ke-dua. Besarnya pahala dan tingginya kemuliaan seseorang sesuai dengan kadar kehebatan Islamnya.

Meninggalkan Sesuatu Yang Tidak Penting

Sesuatu yang penting adalah sesuatu yang bermanfa'at di dunia mahupun di akhirat. Standard manfa'at diukur oleh syariat, kerana sudah maklum bahawa yang diperintahkan oleh syari'at pasti membawa manfaat dan yang dilarang pasti menimbulkan mudharat oleh kerana itu upaya untuk faham syariat adalah aktiviti yang sangat bermanfaat. Menjadi kewajipan seseorang demi tahap kehebatan Islamnya untuk meninggalkan semua yang tidak penting kerana semua aktiviti hamba akan dicatat dan celakalah seseorang yang memenuhi catatannya dengan sesuatu yang tidak penting, termasuk di dalamnya adalah semua bentuk kemaksiatan. Na'uzubILLAHi min zalik ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....