Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

25 September 2009

Hadits Ke-20 - Milikilah Sifat Malu

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri radhiyallahu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”

(HR Bukhari)

Malu, Ajaran Para Nabi Yang Tak Pernah Hilang

Ajaran para nabi, sejak nabi pertama hingga nabi terakhir, ada yang sudah hilang dan ada yang tidak. Di antara ajaran yang tidak pernah hilang adalah rasa malu. Hal ini menunjukkan bahawa rasa malu memiliki kedudukan yang sangat tinggi di dalam agama. Oleh kerana itu wajib mendapat perhatian yang mendalam.

Jika Tak Ada Lagi Rasa Malu Berbuatlah Sesuka Kamu!

Ulama berbeza pendapat dalam memahami sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam: “berbuatlah sesukamu”, sebahagian memahami sebagai perintah dan sebahagian yang lain memahami bukan sebagai perintah. Ulama yang memahami sebagai perintah, menjelaskan bahawa jika sesuatu yang hendak diperbuat tidak mendatangkan rasa malu maka lakukanlah sesuai dengan yang diinginkan. Dan ulama yang memahami bukan sebagai perintah, ada dua penjelasan iaitu:

1. Maknanya sebagai ancaman. Ancaman bagi yang tidak memiliki rasa malu yang berbuat memperturutkan hawa nafsunya.

2. Maknanya sebagai berita. Memberitakan barang siapa yang tidak memiliki rasa malu pasti akan berbuat sesuka hatinya.

Semua pendapat di atas memiliki kemungkinan benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....