Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

24 September 2009

Hadits Ke-17 - Berbuat Baik Dalam Segala Urusan

Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah mewajibkan (kalian) berbuat baik terhadap segala sesuatu, maka bila kalian hendak membunuh orang (dalam peperangan ataupun yang lainnya), bunuhlah dengan cara yang baik, dan bila kamu menyembelih (binatang), maka sembelihlah dengan cara yang baik, hendaklah kalian menajamkan pisau dan memperlakukan haiwan sembelihan dengan lembut.”

(HR Muslim)

AL-IHSAN

Al-Ihsan adalah menjadikan sesuatu menjadi baik. Dengan demikian, hakikat ihsan berbeza-beza sesuai dengan perbezaan konteks perbicaraannya. Apabila dalam konteks pembicaraan ibadah maka hakikat ihsan dalam ibadah seperti telah dijelaskan pada hadits ke-2. Apabila dalam konteks perbicaraan muamalah dengan sesama kita maka hakikat ihsan adalah menunaikan hak-hak sesama dan tidak menzaliminya. Kerana kewujudan sesama kita berbeza-beza, maka bentuk ihsannya pun berbeza-beza sesuai dengan keadaannya masing-masing.

Syariat mewajibkan untuk berbuat ihsan dalam segala hal. Pengambilan hukum wajib tersebut diambil dari kata kitaabah. Ulama ushul menyatakan bahwa kata kitaabah dan memperincikannya serta menunjukkan makna wajib.

Tata Cara Menyembelih Yang Memenuhi Kriteria Ihsan

Ihsan dalam menyembelih adalah mencari cara terbaik agar sembelihan cepat mati tanpa menderita kesakitan. Hal itu bila memenuhi kriteria sebagai berikut:

1. Menajamkan pisau.

2. Mempercepatkan jalannya pisau.

3. Memegang sembelihan dengan benar.

4. Ahli ataupun yang sudah biasa menggunakan pisau.

5. Tidak di hadapan binatang lain.

Demikianlah Islam memerintah berbuat ihsan kepada binatang dan menunjukkan contoh praktikalnya. Maka ihsan kepada yang lebih mulia kedudukannya dari pada binatang tentu lebih diperintahkan dan lebih dijelaskan contohnya. Oleh kerana itu tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya tentang ihsan kepada Allah, kepada sesama makhluk baik yang berakal atau tidak berakal. Sungguh rahmat Allah dekat dengan muhsiniin.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt...

    Blog ustaz banyak memberi manfaat..saya lebih senang mendengar ayat-ayat suci al-quran berkumandang didalam rumah saya dan membaca serta menggali apa saja info yang berbentuk ilmiah untuk menjadi sandaran kearah keberkatan Allah SWT, dari mengklafikasikan seorang kaum hawa yang tidak menutup aurat, yakni tidak bertudung itu sebagai kafir..Saya adalah hamba yang kerdil yang hanya mampu mendoakan agar suatu hari nanti hatiku dan hati2 kaum hawa yang lain itu terbuka luas untuk terus bertudung, yakni menutup aurat.. <<-- hanya sebagai contoh..

    (terlalu banyak lagi kekurangan pada diri saya)

    Pada saya berdoa kepada kebaikan untuk saudara2 sesama Islam itu yang penting..

    Sekiranya kejahatan dibalas kejahatan itu adalah dendam dan cemburu.. Kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa,, kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim dan kejahatan dibalas kebaikan itu adalah suci dan mulia...

    Wallahualam..

    Selamat menyambut lebaran yang mulia ini ustaz..

    BalasPadam

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....