Audio Al Quran Beserta Terjemahan

Listen to Quran

23 September 2009

Hadits Ke-16 - Jangan Marah

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah aku satu nasihat.” Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan marah!” Dia bertanya berulang-ulang dan tetap dijawab, “Jangan Marah!”

(HR Bukhari)

Kedudukan Hadits

Hadits ini berisi tentang adab yang sangat penting.

Rahsia Di sebalik Jawapan Rasulullah S.A.W

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berulang kali diminta pesanan atau nasihatnya oleh para sahabat. Jawapan yang diberikan oleh Rasulullah berbeza-beza. Rahsia perbezaan jawapan tersebut menurut ulama ada dua bahagian, iaitu:

1. Disesuaikan dengan keadaan orang yang bertanya. Ertinya jawapan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh orang yang bertanya berkait rapat dengan keadaannya.

2. Demi kepelbagaian wasiat yang sampai kepada umat. Maksudnya kerana setiap wasiat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pasti akan ditularkan kepada yang lain, maka Rasulullah mempelbagaikan jawapan.

Jangan Marah

Perintah Rasulullah untuk tidak marah mengandung dua penafsiran, iaitu:

1. Maksudnya tahanlah marah, iaitu ketika ada sesuatu yang membuat marah maka berusahalah untuk tidak melampiaskan kemarahannya.

2. Menghindarkan diri dari sebab-sebab yang mendatangkan kemarahan.

Terapi Ketika Menghadapi Kemarahan

Ada beberapa cara untuk terhindar dari melampiaskan kemarahan, di antaranya:

1. Duduk, jika ketika marah dia dalam keadaan berdiri.

2. Mengucapkan kata-kata yang baik.

3. Berwudhuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Al Quran

Panduan dan Petunjuk Utama Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Mengenai Saya

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
aku, insan kerdil yang selalu berdosa. namun aku sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah .... Saya berketurunan Jawa tapi bukan PTI yaaa... saya lahir dan dibesarkan di Malaysia ....